Sunday, June 17, 2018

The 100 days Project

Picture from https://thegreatdiscontent.com/100days

Scrolled the internet then terjumpa ini, the 100-day project. Projek ni mengajak mereka yang berminat untuk commit selama tempoh 100 hari mencipta atau melaksanakan project pilihan mereka setiap hari untuk 100 hari. Tidak kira apa saja projek creative pilihan masing-masing asalkan kita boleh mendisiplinkan diri untuk berkarya selama tempoh di janjikan. End result juga tidak penting. Process berkarya setiap hari selama 100 hari itu lebih penting.

Aku rasa projek ni bagus untuk mendisiplin kan diri untuk latih tubi minda kreatif dan memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa mencipta. Aku rasa aku nak try. Tapi kena fikir dulu apa projek yang aku boleh start dan aku yakin boleh commit setiap hari selama 100 hari. Aku ingat nak try dulu follow sendiri project ni independently, saja training dulu test boleh ke aku maintain creative setiap hari selama 100 hari.  Dan next year boleh join skali dengan gang #The100DaysProject dengan team Elle Luna.

Untuk sesiapa yang nak try cuba google The 100 Days Project. Interesting taw.

Mungkin aku akan start projek 100 hari aku hujung bulan ni hmmm aku rasa aku nak explore buat footage video lah guna gopro6 aku yang sungguh under utillize ni. Nanti aku cuba update progressive project aku ni di blog ini dan update project aku di instagram khas untuk #The100DaysProject

Friday, May 18, 2018

cuba lebih dekat


"If your pictures aren't good enough, you are not close enough." ~ Robert Capa

Setelah sekian lama memegang kamera, aku setuju dengan kata-kata oleh Robert Capa di atas.  "Close enough" tu apa agak nya ya?

"Close enough" tu bukan bermaksud kita guna telephoto lens 100-500mm duduk jauh belakang pokok (ala-ala papa-mamarazzi) pastu ambek gambar potret subject penuh satu frame gambar. Pastu mengaku "alhamdullilah gambar subject saya ni memang dah cukup dekat, penuh satu frame". 

Nope.

Apa yang di maksudkan dengan quote di atas ialah jarak antara kamera dan subject. Makna nya komunikasi oleh si pemegang kamera tu, photographer dengan subject adalah dekat. Si subject sedia maklum yang gambarnya di ambil oleh photographer. Dan menjadi bonus pula bila subject tak kisah malah selesa pula dengan kehadiran si photographer. Gambar akan kelihatan lebih bersahaja dan berjiwa di banding dengan gambar yang di ambil secara rawak atau curi-curi.

Mungkin pengunaan wide lens paling sesuai untuk mendekatkan si photographer dan subject, lens 14-24mm atau 16-35mm. Camera dan lens yang lebih kecil juga menyumbang kepada keselesaan subject terutama jika kita hendak melayan street photography.

Contohnya gambar potret di atas. Mengambil gambar potret kanak-kanak bukan mudah, terutama yang sensitive dan masih mengalami issue 'separation anxiety' dari ibunya. Aku perhati kan dia curious memandang kamera yang masih lagi di atas meja sambil  perlahan-lahan aku tukar setting camera dengan tujuan ingin merakam raut muka nya yang curious.

Kemudian secara bersahaja aku talakan kamera berserta 24-70mm lens kehadapan muka dia manakala tangan pantas menekan shutter button. Dia agak heran untuk beberapa saat kemudian menyedari yang aku ada di belakang kamera dan dia mula merasa insecure sambil menangis. Sempat mengambil 3 frame sahaja sebelum dia berubah.

Mission accomplished ... muka curious anak ini tepat memandang kamera dengan keheranan. Lesson learned ialah pantas visual kan image apa yg kita inginkan, tangan pula pantas memilih setting kamera apa yang bersesuaian.


Cheers 
MM







Tuesday, May 15, 2018

baby portrait


newborn portrait: Aqil 
 Shoot baby ni kena orang yang betul-betul sabar.  Sebab baby tak faham instruction.

Suruh pandang kamera surelah dia pandang tempat lain. Suruh gelak nak acah-acah, menangis lah pulak. Suruh toleh pandang mama cepat ... dan-dan tu lah pulak nak uuk-uuk. Kenalah banyak bersabar.

Parents yang ada any good camera boleh sahaja mengabadikan moments tahun pertama bayi mereka. Bagi aku apa jenis kamera ok saja asalkan composition ataupun menyusunan subject, background dan jalan cerita dalam setiap gambar di ambil kira.

Compo memang sangat penting. Aku rasa kamera canggih mana pun kalau compo lemah ... gambar mungkin ke laut jugak. Compo yang macam mana yang di maksudkan? Nanti aku kongsi di post selanjutnya.

5 simple tips mudah untuk ibubapa yang mahu shoot newborn baby sendiri.
  1. Sentiasa bersedia dengan kamera anda. Letak kamera di tempat yang mudah di capai setiap masa. Lagipun baby akan terbiasa melihat kamera dan lama-kelamaan akan tidak peduli dengan kehadiran kamera anda. Jadi moment yang kita ambil akan lebih natural dan bersahaja
  2. Sentiasa peka kepada background foto baby anda. Subject ialah baby anda. Background pula ialah selain dari subject di dalam gambar anda.  Elakkan background yang berserabut. Simple background yang boleh membantu mata supaya focus kepada hanya subject (baby) semata.
  3. Jangan lupa mengunakan cahaya sebaiknya samaada natural light dari tingkap ataupun boleh saja mengunakan bantuan LED light bersaiz sederhana yang handy dan mudah di bawa kemana-mana. Guna bantuan gorillapod untuk memegang LED light. Hanya sedikit cahaya sudah memadai untuk mengambil gambar baby.
  4. Focus pada meaningful moment. Capture gambar yang lebih detail dan intimate. Moment tidur, mandi, minum susu, menangis, berjalan, berlari dan moment bersama ahli keluarga. Dan gambar yang paling meaningful bagi saya ialah gambar candid.
  5. Simpan gambar di dalam HD untuk kegunaan di tahun-tahun yang mendatang dan cetak gambar-gambar yang anda ambil. Jangan hanya biarkan gambar-gambar moment terkubur di dalam kamera dan handphone anda sahaja. Bring life to the photos.
Tapi kadang-kadang teringin juga untuk mendapat art work foto newborn yg lebih artistic kan? Senang saja, upah lah professional photographer pilihan anda untuk memudahkan kerja-kerja moment capturing newborn baby anda. Ingin mengunakan kidmat aku pun boleh saja 😂. Terus PM tepi <-- sempat lagi pasang iklan, nasiblah lol.

Cheers
MM





Wednesday, May 9, 2018

wajah

Dhaka, December 2017
Aku suka shoot portrait.

Sebabnya?

Tak payah lah nak berbasa-basi mencipta sebab,  kerana keunikan wajah seseorang lah atau kerana kesukaan saya melihat sesuatu yang cantik dan indah lah dan mau di abdikan di dalam gambar.


Sebab aku hanya satu iaitu kerana the challenge of shooting portrait itself. I like the challenge.

Bukan mudah untuk mengambil gambar portrait yang ber cerita. Untuk seseorang yang hyper mind macam aku ... di mana minda ini sentiasa moving dan cepat boring, aku perlukan doses of simulations untuk kekal kreatif. Dan, mengambil gambar portrait sungguh challenging kerana misi mencari cerita di setiap sudut wajah terutama wajah-wajah strangers adalah sungguh challenging dari segi komunikasi, cahaya dan mood aka feel.

Mastering kamera di tangan teramat lah penting semasa mengambil gambar portrait strangers on the street. Bayangkan ... subject dah memang tepat, cahaya dah best ... golden light tahap dewa dah, alih-alih masih terkial-kial nak setting aperture, ISO dan shutter speed. Hmm tak ke haru?

Yang paling boring ialah bila tengah-tengah fefeeling nak ambil gambar mood semua dah stabil bagai tetiba ada suara tanya "Kak Matsuda, apa camera setting ye?" Aduyaii ... kalau kita shoot portrait on the street kita hanya ada beberapa minute  je ataupun kadang-kadang ada beberapa seconds je dik ... terlambat dah kalau baru nak belajar camera setting masa tu.

Oleh itu jom kita dengar apa kata pakcik Joe Mc Nally ni tentang "How to tell a story with a picture"


Pakcik Joe kata ada 3 perkara penting yang perlu untuk mencipta gambar yang bercerita:

Pertama: Reserch. Buat research yang padu. Cari tahu tentang subject kita dan persekitaran nya. Komunikasi antara kita, the photographer dan subject adalah sangat penting. Buat research dulu sebelum sebarang job ataupun outing supaya kita tahu apa yang perlu dan apa yang kita kena avoid semasa kita berkomunikasi dengan subject.

Kedua: Distill. Pastikan gambar kita tidak serambut dengan pelbagai cerita hinggakan hilang focus tentang subject. Stay simple. Bantu viewer kita supaya focus mereka hanya tertumpu kepada subject sahaja.

Ketiga: Execution of your camera. Haaa ini yang saya nak cerita ... master your craft. Ingat! setting kat kamera di tangan kita ni memberi impact kepada setiap scene pilihan kita. Contoh nya pengunaan aperture yang berbeza-beza memberi feel aestatic yang berbeza. Aperture 2.8 atau 5.6 atau 8 atau 13 masing-masing menghasilkan scene dan feel yang berlainan. Oleh itu ... faham betul-betul kemampuan kamera di tangan kita dan terus menembak mengikut pre-visual yang ada di dalam fikiran kita.




Suka dengan portrait pakcik ni.  Terserempak dengan dia semasa kami merayau di sebuah kampung sekitar Dhaka, Bangladesh. Dia baru balik dari masjid terdekat selepas solat asar. Masa tu golden light tengah tahap maximum dan mata masing-masing tercari-cari subject dan terpandang pakcik ni. Maka terjadilah gambar ini. Detail kamera di tangan ketika ini ialah:


kamera dan lens: D810 with Nikkor 70-200mm f4
camera setting: aperture priority at f4
komen: just keep it simple dan focus pada composition saja.
Ok lah ... dah penat membebel. Nak pegi mengundi jap ... tempat mengundi kat seberang jalan dari rumah saya ni je so takde lah rushing sangat kan? Orait jumpa di post yang seterus nya ... 

Assalamualaikum.
Cheers
MM

Monday, April 30, 2018

kamera matsuda


kalau orang kata jenis kamera dan lens bukan penentu kecantikan a photo,  aku tak rasa 100% betul statement tu. aku rasa the right kamera dan lens memainkan peranan penting jugak dalam menghasilkan sesuatu masterpiece ... bagi aku, kamera adalah tools. Oleh itu pilihlah tools yang betul untuk mengrealisasikan apa-apa visual composition dalam kepala hotak kita.

ni post pertama aku dalam blog ni. aku perasan dalam perjalanan hidup aku dan kamera, bermacam-macam story yang aku rasa kalau aku tak tulis somewhere as a journal mesti akan terlupa. So, maybe aku akan start write about journey aku dan kamera sebagai 'lesson learnt' untuk aku refresh balik suatu hari nanti. segala sesuatu bermula dari dalam diri kita sendiri ... tapi Allah juga yang memberi inspirasi dan kekuatan/ sokongan. Kan ...

Cheers
MM