Friday, May 18, 2018

Lebih Dekat

children portrait

Tip photo yang paling aku suka ialah


"If your pictures aren't good enough, you are not close enough." ~ Robert Capa

Setelah sekian lama memegang kamera, aku setuju dengan kata-kata oleh Robert Capa di atas.  "Close enough" tu apa agak nya ya?

"Close enough" tu bukan bermaksud kita guna telephoto lens 100-500mm duduk jauh belakang pokok (ala-ala papa-mamarazzi) pastu ambek gambar potret subject penuh satu frame gambar. Pastu mengaku "alhamdullilah gambar subject saya ni memang dah cukup dekat, penuh satu frame". 

Nope.

Gambar lebih intimate dan bersahaja


Apa yang di maksudkan dengan quote di atas ialah jarak antara kamera dan subject. Makna nya komunikasi oleh si pemegang kamera tu, photographer dengan subject adalah dekat. Si subject sedia maklum yang gambarnya di ambil oleh photographer. Dan menjadi bonus pula bila subject tak kisah malah selesa pula dengan kehadiran si photographer. Gambar akan kelihatan lebih bersahaja dan berjiwa di banding dengan gambar yang di ambil secara rawak atau curi-curi.

Pilih lensa yang betul


Mungkin pengunaan wide lens paling sesuai untuk mendekatkan si photographer dan subject, lens 14-24mm atau 16-35mm. Camera dan lens yang lebih kecil juga menyumbang kepada keselesaan subject terutama jika kita hendak melayan street photography.

Mendekati kanak-kanak untuk portrait yang bersahaja


Contohnya gambar potret di atas. Mengambil gambar potret kanak-kanak bukan mudah, terutama yang sensitive dan masih mengalami issue 'separation anxiety' dari ibunya. Aku perhati kan dia curious memandang kamera yang masih lagi di atas meja sambil  perlahan-lahan aku tukar setting camera dengan tujuan ingin merakam raut muka nya yang curious.

Kemudian secara bersahaja aku talakan kamera berserta 24-70mm lens kehadapan muka dia manakala tangan pantas menekan shutter button. Dia agak heran untuk beberapa saat kemudian menyedari yang aku ada di belakang kamera dan dia mula merasa insecure sambil menangis. Sempat mengambil 3 frame sahaja sebelum dia berubah.

Cepat memikir visual image, jari pantas untuk click


Mission accomplished ... muka curious anak ini tepat memandang kamera dengan keheranan. Lesson learned ialah dengan pantas visual kan image apa yg kita inginkan, tangan pula pantas memilih setting kamera apa yang bersesuaian.








No comments:

Post a Comment