Tuesday, May 15, 2018

Baby Shoot


newborn portrait: Aqil 

Sabar mengambil gambar kanak-kanak


Shoot baby ni kena orang yang betul-betul sabar.  Sebab baby tak faham instruction.

Suruh pandang kamera surelah dia pandang tempat lain. Suruh gelak nak acah-acah, menangis lah pulak. Suruh toleh pandang mama cepat ... dan-dan tu lah pulak nak uuk-uuk. Kenalah banyak bersabar.

Parents yang ada any good camera boleh sahaja mengabadikan moments tahun pertama bayi mereka. Bagi aku apa jenis kamera ok saja asalkan composition ataupun menyusunan subject, background dan jalan cerita dalam setiap gambar di ambil kira.

Compo memang sangat penting. Aku rasa kamera canggih mana pun kalau compo lemah ... gambar mungkin ke laut jugak. Compo yang macam mana yang di maksudkan? Nanti aku kongsi di post selanjutnya.

5 simple tips mudah untuk ibubapa yang mahu shoot newborn baby sendiri.

  1. Sentiasa bersedia dengan kamera anda. Letak kamera di tempat yang mudah di capai setiap masa. Lagipun baby akan terbiasa melihat kamera dan lama-kelamaan akan tidak peduli dengan kehadiran kamera anda. Jadi moment yang kita ambil akan lebih natural dan bersahaja
  2. Sentiasa peka kepada background foto baby anda. Subject ialah baby anda. Background pula ialah selain dari subject di dalam gambar anda.  Elakkan background yang berserabut. Simple background yang boleh membantu mata supaya focus kepada hanya subject (baby) semata.
  3. Jangan lupa mengunakan cahaya sebaiknya samaada natural light dari tingkap ataupun boleh saja mengunakan bantuan LED light bersaiz sederhana yang handy dan mudah di bawa kemana-mana. Guna bantuan gorillapod untuk memegang LED light. Hanya sedikit cahaya sudah memadai untuk mengambil gambar baby.
  4. Focus pada meaningful moment. Capture gambar yang lebih detail dan intimate. Moment tidur, mandi, minum susu, menangis, berjalan, berlari dan moment bersama ahli keluarga. Dan gambar yang paling meaningful bagi saya ialah gambar candid.
  5. Simpan gambar di dalam HD untuk kegunaan di tahun-tahun yang mendatang dan cetak gambar-gambar yang anda ambil. Jangan hanya biarkan gambar-gambar moment terkubur di dalam kamera dan handphone anda sahaja. Bring life to the photos.
Tapi kadang-kadang teringin juga untuk mendapat art work foto newborn yg lebih artistic kan? Senang saja, upah lah professional photographer pilihan anda untuk memudahkan kerja-kerja moment capturing newborn baby anda. Ingin mengunakan kidmat aku pun boleh saja 😂. Terus PM tepi <-- sempat lagi pasang iklan, nasiblah lol.

Cheers
MM





No comments:

Post a Comment