Wednesday, May 9, 2018

Wajah

Dhaka, December 2017

Aku suka shoot portrait. Terutama semasa aku travel di street


Sebabnya?

Tak payah lah nak berbasa-basi mencipta sebab,  kerana keunikan wajah seseorang lah atau kerana kesukaan saya melihat sesuatu yang cantik dan indah lah dan mau di abdikan di dalam gambar.


Sebab aku hanya satu iaitu kerana the challenge of shooting portrait itself. I like the challenge.

Bukan mudah untuk mengambil gambar portrait yang ber cerita. Untuk seseorang yang hyper mind macam aku ... di mana minda ini sentiasa moving dan cepat boring, aku perlukan doses of simulations untuk kekal kreatif. Dan, mengambil gambar portrait sungguh challenging kerana misi mencari cerita di setiap sudut wajah terutama wajah-wajah strangers adalah sungguh challenging dari segi komunikasi, cahaya dan mood aka feel.

Mastering kamera di tangan teramat lah penting semasa mengambil gambar portrait strangers on the street. Bayangkan ... subject dah memang tepat, cahaya dah best ... golden light tahap dewa dah, alih-alih masih terkial-kial nak setting aperture, ISO dan shutter speed. Hmm tak ke haru?

Yang paling boring ialah bila tengah-tengah fefeeling nak ambil gambar mood semua dah stabil bagai tetiba ada suara tanya "Kak Matsuda, apa camera setting ye?" Aduyaii ... kalau kita shoot portrait on the street kita hanya ada beberapa minute  je ataupun kadang-kadang ada beberapa seconds je dik ... terlambat dah kalau baru nak belajar camera setting masa tu.

Oleh itu jom kita dengar apa kata pakcik Joe Mc Nally ni tentang "How to tell a story with a picture"



Pakcik Joe kata ada 3 perkara penting yang perlu untuk mencipta gambar yang bercerita:

Pertama: Reserch. Buat research yang padu. Cari tahu tentang subject kita dan persekitaran nya. Komunikasi antara kita, the photographer dan subject adalah sangat penting. Buat research dulu sebelum sebarang job ataupun outing supaya kita tahu apa yang perlu dan apa yang kita kena avoid semasa kita berkomunikasi dengan subject.

Kedua: Distill. Pastikan gambar kita tidak serambut dengan pelbagai cerita hinggakan hilang focus tentang subject. Stay simple. Bantu viewer kita supaya focus mereka hanya tertumpu kepada subject sahaja.

Ketiga: Execution of your camera. Haaa ini yang saya nak cerita ... master your craft. Ingat! setting kat kamera di tangan kita ni memberi impact kepada setiap scene pilihan kita. Contoh nya pengunaan aperture yang berbeza-beza memberi feel aestatic yang berbeza. Aperture 2.8 atau 5.6 atau 8 atau 13 masing-masing menghasilkan scene dan feel yang berlainan. Oleh itu ... faham betul-betul kemampuan kamera di tangan kita dan terus menembak mengikut pre-visual yang ada di dalam fikiran kita.




Suka dengan portrait pakcik ni.  Terserempak dengan dia semasa kami merayau di sebuah kampung sekitar Dhaka, Bangladesh. Dia baru balik dari masjid terdekat selepas solat asar. Masa tu golden light tengah tahap maximum dan mata masing-masing tercari-cari subject dan terpandang pakcik ni. Maka terjadilah gambar ini. Detail kamera di tangan ketika ini ialah:


kamera dan lens: D810 with Nikkor 70-200mm f4
camera setting: aperture priority at f4
komen: just keep it simple dan focus pada composition saja.
Ok lah ... dah penat membebel. Nak pegi mengundi jap ... tempat mengundi kat seberang jalan dari rumah saya ni je so takde lah rushing sangat kan? Orait jumpa di post yang seterus nya ... 

Assalamualaikum.
Cheers
MM

No comments:

Post a Comment