Monday, August 27, 2018

Noura si Bulan

creative baby shoot

baby photo di studio matsuda

Dah lama menangguh untuk ada studio sendiri dan ambil gambar children. Focus pada babies, children dan family je sebab suka tengok gambar-gambar children. Children ni ambik lah gambar macam mana pun tetap omey.  Lampu studio pun dah berbulan ada terconggok di dalam studio. Cuma nya aku kuat merayau, terlampau aktif, ada aje temoat yang aku nak explore. Last-last dah pertengahan tahun 2018.

Aku tercari-cari backdrop warna dark grey yang aku nak pasang kat dinding studio. Sebagai peminat setia warna kelabu asap (my mom hate grey color) backdrop  dark grey ash menjadi pilihan hati. So ... 2 minggu lepas aku shoot baby Noura yang baru berusia 23 hari. Badan dia masih merah lagi.

Macam biasa lah kalau aku nk ambil gambar seseorang tu aku kena pegi jumpa bersemuka dulu dengan subject aku supaya aku boleh berangan, pose apakah yang paling bersesuaian dengan ssubject aku. Ibu Noura kata Noura ni jenis baby yang baik je, menurut kata and very calm. So, aku pun pasanglah angan-angan serupa princess Noura.

beautiful baby photograph


Tiba hari yang dinanti ... di private studio aku, Noura mula beraksi. Menangis ... dan menangis he he he he hadoii berpeluh aku nak mencukupkan at least 10 pose wajib. Pakai je crown kat kepala ... dia mula menangis hadooi ... susah nya mencari rezeki yang halal. Walau macam mana meragam pun baby Noura, aku masih suka ambil gambar baby ... entah kenapa. I like ...

comfortable studio to take children photo


Pengajaran ayat ... shoot baby kena lah pada waktu pagi.

Hubungi kami di studio Matsuda untuk temujanji mencipta creative moment untuk si kecil anda


ps: boleh lah PM segera jika ada yang berkenan nak shoot gambar baby ... masa berlalu terlalu pantas, simpanlah foto sebagai kenangan. "Taking an image, freezing a moment, reveals how rich reality truly is."

gambar creative children




No comments:

Post a Comment